TARBIYYAH MELAHIRKAN MUKMIN MUJAHID
Tarbiyyah Islamiyah bukan
sekadar membentuk seseorang itu menjadi mukmin untuk dirinya, beramal dan
bertaqwa seorang diri sahaja. Bahkan ia bertujuan melahirkan mukmin yang sedia
berkhidmat, memberi sumbangan kepada Islam dan berjihad pada jalan Allah SWT.
Rasulullah SAW mendidik para sahabatnya sehingga
menjadi mujahid yang kukuh iman mereka, sentiasa bersedia untuk berkorban dan
berjihad pada jalan Allah. Apabila Islam berhajat kepada kerja dakwah, maka tampillah
para da'i yang jujur, berani dan sabar menyampaikan risalah Islam melalui lisan
dan contoh yang baik. Apabila Islam memerlukan pengorbanan harta benda, maka
tampillah sahabat yang mempunyai harta kekayaan menyerahkan harta benda mereka
kepada Rasulullah SAW dengan penuh keredhaan tanpa bakhil, seperti Abu Bakar
al-Siddiq, Umar al-Khattab, Uthman Ibn Affan dan Abdul Rahman al-'Auf.
Semua ini adalah peribadi yang lahir hasil
daripada tarbiyyah imaniyah yang berjalan di dalam madrasah Rasulullah SAW.
Didikan Rasulullah SAW bukan untuk melahirkan ahli falsafah atau kumpulan sufi
yang asyik dengan riadah ruhiyah semata-mata tanpa menghiraukan tipudaya musuh
yang ingin menghancurkan Islam. Rasulullah SAW pernah menegur seorang lelaki
yang ingin mengasingkan diri untuk beribadah dan meninggalkan jihad.
Kata Rasulullah SAW kepada lelaki itu;
"Jangan kamu lakukan demikian. Sesungguhnya
tegak seseorang kamu di jalan Allah (berjihad) adalah lebih utama daripada ia
sembahyang di rumahnya selama 70 tahun. Apakah kamu tidak suka Allah
mengampunkan kamu serta memasukkan kamu ke dalam syurga? Berjihadlah pada jalan
Allah. Sesiapa yang berperang pada jalan Allah di atas belakang unta , maka wajiblah baginya syurga" (Hadis riwayat At-Tarmizi).
Hasan al-Banna pernah menyebutkan:
'Jihad adalab fardu yang berjalan terus sampai hari kiamat."
Sabda Rasuluilah SAW:
"Barangsiapa mati padahal dia tidak berjihad dan tidak pernah
berniat berjihad, maka matinya seperti mati jahiliyah.'
Serendah-rendah tingkat jihad itu ialah dengan
cara membantah di dalam hati, dan setinggi-tingginya ialah perang fi sabilillah
kerana kebenaran. Di antara kedua-dua
tingkatan itu terdapat cara-cara jihad yang lain seperti berjihad dengan lidah,
berjihad dengan pena, berjihad dengan tangan dan bejihad dengan cara berani
bercakap benar di hadapan raja yang zalim.
Semua sifat dan tingkatan jihad tersebut akan lahir melalui proses
tarbiyyah lmaniyah, lnsyaallah.
Proses Tarbiyyah mesti berterusan
Proses tarbiyyah lmaniyah mestilah berterusan,
tidak boleh diabaikan atau dihentikan separuh jalan atau ditamatkan. Silibusnya mencakupi sepanjang hayat seorang
muslim. Menurut Al Syeikh Mustafa Mahsyur bahawa tarbiyyah dan pembersihan jiwa
diumpamakan seperti makanan dan siraman bagi pokok yang disemai atau
ditanam. Jika pokok tidak dibajai dan
disirami sentiasa, maka ia akan layu dan kering. la akan terus hidup subur jika
dibajai dan disirami. Demikianlah
manusia. Hidup sebenarnya bagi individu
atau jemaah adalah kerana adanya iman. Hidup manusia sebenarnya adalah hidup
hatinya dengan keimanan bukan hidup jasad yang akan fana. Iman di dalam hati
itulah yang akan melahirkan kehidupan yang bermakna. Hati perlu digilap selalu
kerana ia mungkin berkarat.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Sesunggubnya hati manusia itu berkarat
seperti berkaratnya besi. Sahabat-sahabat bertanya: Apakah penggilapnya wahai
Rasulullah?. Rasulullah menerangkan: membaca
Al Quran dan mengingati maut (mati).' (Hadis Riwayat Al Baibaqi)
lman yang berada dalam jiwa manusia
sentiasa terdedah kepada kelunturan dan kelemahan kerana dijangkiti oleh
berbagai penyakit seperti kesibukan urusan duniawi, dan lain-lain. Oleh itu kita perlu banyak memohon
pertolongan kepada Allah SWT dengan sentiasa memperbaharui keimanan kita.
Sabda Rasuluilah SAW:
"Sesungguhnya iman itu boleb lusuh seperti lusuhnya pakaian,
maka bendaklah kamu memohon doa kepada Allah SWT supaya diperbaharui keimanan
itu di dalam jiwa kamu.' (Hadis Riwayat Al Hakim dan At Tabrani)
Faktor kejayaan Tarbiyyah lslamiyah
Dr. Yusuf AI Qardhawi dalam
bukunya, telah menjelaskan bahawa di sana ada beberapa faktor yang membantu
menjayakan tarbiyyah lslamiyah, antaranya :
·
Keyakinan sepenuhnya bahawa tarbiyyah adalah satu-satunya wasilah yang
paling berkesan untuk merubah masyarakat, melahirkan rijal dan seterusnya
mencapai kejayaan. Melalui tarbiyyahlah Rasulullah SAW berjaya membentuk
generasi rabbani sebagai contoh yang sukar ditandingi. Jalan tarbiyyah adalah jalan yang jauh, jalan
yang sukar dan jalan yang bertahap-tahap.
Sedikit sekali yang mampu mengharungi jalan ini, tapi ianya satu-satunya
jalan untuk sampai kepada kejayaan.
·
Hanya tarbiyyah Islam yang mempunyai manhaj dan matlamat, lengkap dalam
semua aspek dan jelas dari segi sumber, proses dan perancangannya.
·
Tarbiyyah lslamiyah mampu mewujudkan suasana masyarakat yang harmoni. Suasana ini membantu setiap anggota
masyarakat hidup secara Islam. Masyarakat dididik tentang cara memberi tunjuk
ajar, cara bersimpati, memberi pertolongan dan sebagainya. Setiap anggota
merasa sedikit dengan dirinya dan merasa banyak dengan sahabat. Dia merasa
lemah bila bersendirian dan merasa kuat dengan berjemaah.
·
Adanya pemimpin yang bersifat pendidik dengan fitrah yang Allah anugerahkan
kepadanya. Pengetahuan dan pengalamannya menjadikan tarbiyyahnya lahir daripada
hati sanubari yang bersih dan ikhlas kerana Allah SWT semata-mata. Setiap
perkataan yang keluar dari hati akan masuk ke hati-hati yang lain tanpa
sekatan. Perkataan yang hanya lahir dari lidah semata-mata tidak akan mampu
melewati telinga pun. Pepatah ada menyatakan: "Orang yang kehilangan
sesuatu benda nescaya ia tidak akan dapat memberikannya."
·
Mempunyai pendidik-pendidik yang ikhlas, berwibawa dan beramanah mengikut
jalan pemimpin agung Muhammad SAW.
Tidaklah dimaksudkan pendidik di sini mereka yang keluar dari
pusat-pusat pengajian tinggi dalam bidang tarbiyyah atau pendidikan, dengan
ijazah masters atau PhD. Yang dimaksud dengan pendidik di sini ialah mereka
yang mempunyai keimanan yang tinggi, kerohanian yang kuat, jiwa yang bersih,
kemahuan yang kental, simpati yang luas dan kewibawaan yang memberi kesan
kepada orang lain. Dia mungkin seorang
jurutera atau seorang pegawai biasa atau seorang peniaga atau seorang buruh
yang tidak ada kaitan dengan prinsip-prinsip atau sistem pendidikan.
·
Menggunakan berbagai-bagai wasilah seperti kegiatan-kegiatan di dalam
halaqat, usrah-usrah, dan katibah-katibah yang dijuruskan ke arah matlamat
pembangunan insan muslim yang soleh dan sempurna.
PENGISIAN PROGRAM TARBIYYAH
·
MEKANISME BERGERAK Kita memerlukan satu mekanisme yang
bergerak. Tugas mekanisme itu antara lain ialah mengenal pasti latar belakang
ahli-ahli organisasi dari segi ilmu pengetahuan, kebolehan pengalaman dan
kepakaran dalam bidang masing-masing. Semua itu adalah bahan mentah yang perlu
disusun, diatur dan dikelaskan supaya dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin.
·
PERANAN BERSAMA Kita, sebagai orang yang
bertanggungjawab menggerakkan tarbiyyah, perlulah sama-sama menginsafi bahawa
ahli-ahli organisasi telah memilih organisasi kita sebagai wadah perjuangan.
Mereka telah menyerahkan diri mereka untuk dibentuk (ditakwin) sahsiah mereka.
Mereka datang dari pelbagai lapisan dan tahap ilmu pengetahuan. Yang menyatukan
mereka ialah kemahuan melaksanakan syariat Islam dalam negara Malaysia.
·
PEMIMPIN MESTI MENDIDIK AHLI Ahli-ahli
kita adalah amanah di tangan kita. Oleh itu, organisasi kita berkewajipan
mendidik mereka melalui bermacam-macam cara. Mereka mesti jelas bahawa negara
Islam bermula daripada "al-Fardul Muslim" itu sendiri. Al-Fardul
Muslim mestilah beriman, berilmu dan beramal. Beriman tanpa ilmu tidak
menghasilkan tujuan.
·
PERANCANGAN STRATEGIK Semangat yang berkobar-kobar tanpa
dipandu oleh ilmu boleh membawa kepada keburukan. Oleh itu, program taalim dan
usrah mestilah digerakkan Taalim dan tarbiyyah mesti diseragamkan. Pengisiannya
hendaklah berbentuk majlis-majlis ilmu yang berprogram dan berterusan, bukan
bermusim dan bukan program kilat yang muncul secara tiba-tiba.
·
KESILAPAN LALU Organisasi kita yang mempunyai
ratusan ribu ahli berasa amat malang kerana mereka tidak ditarbiyyahkan. Mereka
tidak didik, tidak diasuh dan tidak ditazkiahkan (disucikan jiwa mereka).
Mereka hanya mengisi borang ahli, kemudian dikerah sekali sekala mendengar
ceramah umum dan menghadiri majlis ilmu yang ringan.
·
PROGRAM PERLU DIREFORMASIKAN Program
yang sedia ada tidak banyak bersifat takwin dan tazkiah. Mereka
tidak dapat dilihat sebagai anggota parti Islam yang bersyakhsiah Islamiah,
yang mampu berdakwah dan memimpin masyarakat setempat. Tidak ramai daripada
ratusan ribu ahli itu yang telah diusrahkan (ditarbiyyahkan) untuk menjadi imam
kepada masyarakat setempat. Sesungguhnya, mengimami solat kepada masyarakat
setempat menjadi simbolik kepada qiyadah ruhiyyah (tugas kepimpinan dari sudut
rohani) di kampung. Sesungguhnya, kita telah gagal membuat sesuatu yang
sepatutnya kita tidak gagal.
·
PERANAN NAQIB Dalam hal ini, dari awal-awal lagi
kita tugaskan kepada naqib usrah supaya memastikan anak buahnya pandai membaca
al-Qur'an dengan betul, yang melayakkan mereka menjadi imam di tempat
masing-masing. Naqib usrah juga memikul tanggungjawab yang berat untuk
mewujudkan Qiyadah Ruhiyyah. Naqib mestilah bijak memilih calon-calon
yang berbakat dan mesti gigih dalam menjalankan tugas yang mencabar ini.
·
PERANAN LAJNAH TARBIYYAH Lajnah
Tarbiyyah mesti mempunyai takwim tahunan yang teratur. Penyelaras dengan Dewan
Ulama, Dewan Pemuda, dan Dewan Muslimat mesti diwujudkan. Jawatankuasa Pusat
sudah membuat keputusan bahawa tarbiyyah ahli jamaah mestilah dikendalikan oleh
Lajnah Tarbiyyah dan Latihan Kepimpinan untuk semua peringkat. Pemusatan urusan
tarbiyyah ini boleh membantu penyeragaman pengisian.
·
TANGGUNGJAWAB LAJNAH TARBIYYAH NEGERI Tindakan
susulan yang sewajarnya hendaklah diambil oleh jamaah di peringkat negeri.
Antaranya, Lajnah Tarbiyyah Negeri hendaklah mempunyai mekanisme yang
tersendiri dalam menjalankan urusan tarbiah. Tanpa mekanisme yang lengkap, maka
cita-cita yang pernah disuarakan oleh pemimpin kita iaitu organisasi kita
menuju ke arah Hizbullah menjadi impian selama-lamanya, dan tidak lebih
daripada itu.
·
SIFAT HIZBULLAH
Sudah menjadi kelaziman bahawa anggota Hizbullah mempunyai sifat al-Fahm
al-'Amiq (kefahaman yang mendalam, mentaati pemimpin dalam perkara yang
makruf dan bertakwa kepada Allah dalam semua keadaan.
PENUTUP
Menjadikan Islam sebagai satu alternatif
penyelesaian kepada masalah umat manusia mestilah lahir daripada keyakinan yang
berteraskan keimanan, bukan disebabkan kegagalan sistem-sistem lain. Islam
hanya boleh memainkan peranannya untuk menyelesaikan masalah manusia apabila
ianya diambil secara syumul dalam bentuk konkrit. Oleh itu setiap pekerja (‘amilin) Islam
mestilah dibentuk dan diproses berteraskan aqidah tauhid yang bersumberkan
daripada Al Quran dan Sunnah Rasulullah SAW.
Islam tidak akan dapat dibangunkan tanpa rijal (pahlawan). Rijal tidak dilahirkan tanpa melalui proses
tarbiyyah. Dan tarbiyyah tidak akan
memberi sebarang kesan tanpa penglibatan dan penghayatan yang
bersungguh-sungguh daripada setiap individu.
Adalah menjadi harapan dan keyakinan setiap muslim bahawa masa depan
adalah milik Islam.
ENAM
PEGANGAN
·
Agama hanya dapat dirasakan oleh sesiapa yang menegakkannya dalam dirinya.
·
Bahagia dan saadah hanya akan dirasakan oleh orang yang membela keyakinan,
kebenaran dan keadilan.
·
Kemenangan dan kejayaan hakiki hanya akan diberikan kepada para pejuang
yang rela berkorban, kuat menahan penderitaan dan kepapaan. Kesabaran dan
ketahanan berjuang hanya akan diberikan kepada mukmin yang mendekatkan diri
kepada Allah S.W.T.
·
Tegaklah dengan keyakinan dan perjuangan kerana makna dan guna hidup
terletak pada keyakinan perjuangan.
·
Belajar memanfaatkan diri guna kepentingan cita dan agama.
Landasan Nabi-nabi yang telah lalu itu) ialah orang-orang
yang menyampaikan risalah Allah, serta mereka takut melanggar perintah-Nya dan
mereka pula tidak takut kepada sesiapa pun melainkan kepada Allah. Dan cukuplah
Allah menjadi penghitung (akan segala apa yang dilakukan oleh makhluk-makhluk
untuk membalasnya.)
(Al-Ahzab, 27:39)